Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, July 7, 2009

Belia Manek Urai tolak Khairy - Harakah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno berhubung isu pemuda PAS Manek Urai beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan tidak timbul soal kecewa di kalangan anggota Pemuda PAS berhubung isu kerajaan perpaduan sebaliknya golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan isu rasuah.

Salahuddin juga menegaskan rakyat Kelantan telah lama membuktikan mereka bijak dan matang dalam politik serta tahu menilai parti dan pemimpin mana yang banyak dikaitkan dengan rasuah.

"Tidak timbul soal kecewa mana-mana pihak terutama anggota Pemuda PAS berhubung isu kerajaan perpaduan kerana kita (PAS) telah buat keputusan menolak idea tersebut.

"Golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan rasuah dan mereka juga tahu parti mana yang sering dikaitkan dengan rasuah serta salahguna kuasa," tegas beliau.

Beliau menasihatkan Khairy supaya tidak mencari publisiti murahan semata-mata untuk menunjukkan kehebatan selaku ketua pemuda Umno.

Justeru, Salahuddin menyeru pengundi-pengundi di Manek Urai terutama golongan muda untuk terus memberikan sokongan kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Manek Urai.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong BN pada pilihan raya kecil Dun Manik Urai 14 Julai ini. - mks._

Harakah

No comments: